Apa itu Payoneer?
Payoneer boleh di katakan hampir sama seperti PayPal, ianya adalah satu perkhidmatan virtual bank yang membolehkan anda menerima duit secara online.
Rakyat Malaysia sebenarnya boleh membuka akaun bank di USA tanpa anda perlu pergi secara fizikal ke USA. Saya yakin anda dan masih ramai lagi yang belum tahu tentang perkara ini. Kalau tidak anda tentu tidak baca post ini :).
Bagi yang menjana pendapatan seperti di Amazon, ClickBank, ShutterStock, Fiverr dan lain-lain lagi anda wajib perlu ada akaun bank di USA. Payoneer merupakan salah satu kaedah termurah, mudah dan pantas untuk anda menerima matawang antarabangsa USD, EURO, GBP, JPY dan membolehkan anda membuat pindahan duit ke dalam akaun bank di Malaysia contohnya Maybank, CIMB dan lain-lain bank tempatan.
Kita juga boleh tempah kad debit Payoneer secara percuma yang mana kad ni boleh digunakan di semua ATM di seluruh dunia.
Yang bestnya, semua urusan pendaftaran dan pengeluaran duit dari akaun Payoneer anda boleh lakukan secara online saja.
[Motorcycle Water Proof Rain Coat. Waistband. Double Placket. Reflective Strip - RM19.90]
Macamana Cara Nak Daftar Akaun Payoneer?
1) Pendaftaran adalah PERCUMA, klik di SINI
Pastu klik pada butang Sign Up, akan keluar skrin berikutnya..
PENTING! Pastikan nama anda SAMA seperti dalam kad pengenalan anda.
Klik NEXT untuk skrin seterusnya..
3) Sila pilih Malaysia untuk Country, masukkan Alamat anda (SAMA seperti dalam kad pengenalan anda) dan No Telefon anda.
Klik NEXT untuk skrin seterusnya...
Masukkan Username dan Password pilihan anda. Pilih dan tentukan soalan keselamatan dan jawapan anda yang senang di ingat.
Pastikan ID Type adalah National ID dan isikan No Kad Pengenalan anda.
Klik NEXT untuk skrin seterusnya...
Pastikan pilihan adalah Personal account, Bank Country adalah Malaysia, Currency adalah USD.
Bank Name adalah nama Bank Pilihan Anda, Account Name adalah Nama Pemegang Akaun Bank (Sama seperti dalam kad pengenalan) dan seterusnya Account Number adalah No Akaun Bank Anda.
Klik butang I agree....
Klik SUBMIT untuk mendaftar akaun anda..
Langkah seterusnya adalah anda perlu menunggu pihak Payoneer untuk membuat pengesahan pendaftaran akaun anda.
Email akan di hantar kepada anda sekiranya akaun anda telah berjaya di daftarkan.
Proses pengesahan memang pantas...sekejap saja anda akan dapat keputusan.
Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar akaun Payoneer.
Syarat untuk kemasukan duit USD kedalam akaun Payoneer