Cara Keluarkan Duit Dari Akaun Payoneer Ke Akaun Bank Malaysia



Sekiranya anda belum mempunyai akaun Payoneer, sila lihat post 

Cara Buka Akaun Bank di USA Melalui Payoneer

untuk mendaftar akaun Payoneer secara percuma.

Anda perlu login ke akaun Payoneer anda. Klik SINI



Klik Withdraw di bahagian menu dan pilih To Bank Account...akan keluar skrin berikutnya...





Pilih USD, akan keluar skrin di bawah...




Pilih Akaun Bank Malaysia Anda dan masukkan Jumlah USD yang hendak anda keluarkan.

Jumlah minima yang boleh anda di keluarkan dari akaun Payoneer kepada akaun bank di Malaysia adalah sebanyak USD 50. Kalau belum cukup min USD 50 kenalah tunggu..penuhkan akaun Payoneer anda dulu :)

Klik Review apabila anda sudah pasti...

Payoneer akan memaparkan tukaran matawang dari USD kepada RM...sebelum ianya di proses.

Urusan pemindahakan daripada Payoneer kepada akaun bank di Malaysia akan memakan masa dalam 2 - 5 hari bekerja.