Cara Lihat Harga Jualan Sebenar Di Shopee Dan Lazada

 Jangan mudah tertipu dengan Jualan Murah Di Shopee Dan Lazada


Shopee Lazada Mega Sale

Anda selalu shopping di Shopee? Anda selalu shopping di Lazada?

Kalau ya, teruskan membaca.

Kebiasaannya apabila ada jualan murah di Shopee atau Lazada, harga jualan produk yang di paparkan selalunya rendah. Sudah semestinya.

Apabila adanya promosi jualan harga murah, kadangkala anda tertanya-tanya, betul ke harga murah nie?

Thinking About Money


Entah-entah penjual tu dah naikkan harga sebelum tu dan bagi diskaun kaw-kaw pada hari jualan murah.

Pernah terfikir camtu?

Nah..sekarang anda sudah ada cara untuk melihat harga jualan sebenar atau harga terdahulu bagi setiap produk yang di jual samada di Shopee atau Lazada.


Sebagai contoh:

Shopee Harga Turun Naik

Harga jam G-Shock  di shopee di atas turun bermula pertengahan bulan September.


Lazada Harga Tidak Berubah

Harga jualan jam Casio G-Shock di Lazada di atas tidak berubah dalam masa 3 bulan lepas.


Shopee Harga Turun Naik


Harga telefon Vivo di Shopee di atas adalah RM899 pada 31 October dan pada hari jualan murah 11/11 harga telefon berkenaan telah pun di naikkan kepada RM999.


Anda boleh melihat perubahan harga untuk sesuatu produk dalam tempoh 3 atau 6 bulan yang lepas.

Dengan ini dapat membantu anda membuat keputusan samada berbaloi atau tidak

membeli produk berkenaan pada hari jualan murah.


Bagaimana caranya?

Pastikan anda menggunakan Google Chrome dan anda perlu install Chrome Extension "AliPrice Shopping Assistant", untuk mengetahui perubahan harga produk.


Muat-Turun AliPrice untuk Shopee

Muat-Turun AliPrice untuk Lazada


Apabila telah siap install di Chrome, seterusnya anda bolehlah  pergi ke Shopee atau Lazada dan lihat mana-mana produk yang anda berhajat untuk beli.


Anda perlu klik pada icon "Price". Ianya berada samada di sebelah kanan/kiri bahagian bawah apabila anda berada di ruangan maklumat produk.
Shopee Lazada Price Tracker

Akan keluar carta harga seperti di bawah.

Shopee Lazada Price Tracker


Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada anda.

Jadilah pembeli yang bijak!

Smart Shopper